Lebih baik diam.
Sunday, 7 July 2013 @ 10:40 pm | Leave a comment?

Speak good or remain silent.
DIAM
heho okay hai
assalamualaikum
Daie, Jangan Merajuk
Rumah kampung. Biasalah. Duduk UK mana nak rasa semua ni Chad.
Pujuk hati Irsyad. Si mamat jambu yang dah empat tahun tak balik Malaysia. Janggut sejemput. Rambut Mohawk version bajet macho.
Irsyad sengih.
"Malaysia ni not bad lah. Cuma humid sikit. Badan berlengas je. Sehari mandi dekat tiga empat kali jugak."
Lontar komen. Cakap sensorang.
Irsyad pejam mata.
Esok genap seminggu aku kat Malaysia ni. Sampai Sabtu haritu. So, Sabtu.. Ahad.. Isnin.. Selasa.. Rabu.. Khamis.. Jumaat. Seven days.
Tangan kanan Irsyad sentuh dada kirinya.
Jantung masih berdegup. Tapi.... iman aku apa khabar eh? Solat awal waktu, takdehal. Surau depan rumah je. Lintas jalan sampai lah. Baca Quran pun takde masalah. Everyday. Al Mulk tak tinggal. Ubat, makan je. Cuma tak puasa. Sebab hari-hari nenek masak sedap. Okay itu alasan. Contact dengan usrahmates 24/7.
Heh. Chad... Cuba check apa dosa kau.
Tertidur. Lampu tak switch off lagi.
..................................
21/06/2013
Sampai KLIA.
Orang pertama yang Irsyad jumpa, Zulkefli. Al akh yang juga bekas sahabat Irsyad one day. Bakal jadi suami kepada bekas tunang Irsyad.
Semoga bahagia member.
"Assalamualaikum. Irsyad."
"Waalaikumussalam. Kau siapa eh?"
"Aku Kefli lah. Zulkefli. Ingat?"
Fikir dua minit.
"Oh... Pengkhianat ukhuwwah yang sailang tunang orang tu eh?"
Muka Kefli berubah 100%. Senyuman berubah jadi tawar. Lebih tawar dari air paya.
Qiden tepuk bahu Irsyad.
"Akhlak tu jaga."
Irsyad senyum sinis. Sinis habis.
"Maaf."
Sepatah yang keluar dari mulut Kefli.
"No need to say sorry. Aku dah lama maafkan."
Nada suara Irsyad mendatar.
"Irsyad, aku datang bukan nak cari pasal. Aku nak jernihkan balik ukhuwwah kita."
"Aku tak perlu berukhuwwah dengan orang macam kau lah Kefli!"
"Habis, kau nak berukhuwwah dengan orang yang cemane?"
"Aku nak berukhuwwah dengan orang yang tak sia-siakan sahabatnya."
"Aku sahabat kau. Kau sia-siakan aku. Kau tak sedar ke?"
Fuh. Mindblown.
"Heh. Sahabat apa kalau sailang tunang orang beb?"
"Jodoh tu rahsia Allah, Chad." Qiden paut bahu Irsyad.
"Aku tak sailang tunang kau..."
"Habis kau apa hah?!"
"Family dia yang datang jumpa parents aku. Bukan aku yang nak."
Senyum. Tawar.
"Apa kurangnya aku berbanding kau?"
"Kau terlalu hebat. Kau layak terima perempuan yang lebih solehah daripada Diyanah."
"So... Kau nak kata Diyanah ni tak solehah ke camner?"
"Diyanah tu solehah. Tapi untuk kau, bukan dia yang terbaik. Kau lebih layak dapat yang sekufu dengan kau."
Tunduk.
Blegh aku takleh jatuh pada pujian. Tapi.... Ah entahlah.
"Kau baliklah Kefli."
"Aku minta maaf, Haseef Irsyad."
Peluk Kefli erat.
Tak guna gaduh sebab perempuan. Tak matang.
"Bagi aku masa, nak cari Islam dalam diri aku semula." bisik perlahan dekat telinga Kefli.
Kefli angguk.
Tarik beg. Berkumpul dengan usrahmates. Sebelum masing-masing balik negeri sendiri.
....................................
25/06/2013
Qiden, naqib usrah whatsapp.
"Assalamualaikum Nik Haseef Irsyad.
Apa khabar iman enta? Sihat? Atau berasap effect jerebu ni jugak? Amal cemane? Increasing or decreasing? Atau at the constant speed?
Chad,
Kau ingat tak, masa geng usrah legend kita buat study group dekat kawasan padang luas depan Aberdeen University kesayangan ramai tu?
Rindu owh masa tu. Haha! Masa Roslan bagi lollipop dekat semua orang, kecuali aku? And then aku bajet bajet nak merajuk.
Kau ingat tak, apa kau cakap dekat aku? 'Daie, mana boleh merajuk'
Daie, maksudnya pendakwah.
Yes. Nak jadi pendakwah, hati kena tabah, takleh lemah. Kena kuat, tak mudah mengalah, tak mudah rebah, tak cepat marah.
Haseef.
Atas nama fillah, izinkan aku tegur kau dengan cara paling hipster stail usrah legend.
Kita ni Haseef, orang-orang yang dipilih untuk bantu agama Allah. Orang-orang yang terima tarbiyah. Orang-orang yang bakal memimpin ummah, dengan bimbingan hadis, Quran dan sunnah.
Haseef Irsyad yang aku sayang,
Kau masih ingat lagi tazkirah yang kau bagi hari Khamis bulan 10, 2011, pukul 10:35pm, dekat skatepark?
'Mukmin tu ada dua jenis. Mukmin yang kuat, dan mukmin yang lemah.
Allah suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.
Mukmin yang kuat tu, tak mudah marah. Tak senang merajuk. Sering memaafkan. Tak mengungkit. Banyak lagi.'
Dan aku yakin, kau, Nik Haseef Irsyad, mukmin yang kuat."
Tarik nafas dalam dalam.
..................................
Ukhuwwah tu ada banyak rasa.
Ada masa manis.
Ada masa pahit.
Ada masa masam.
Ada masa pedas.
Ada masa tawar.
Tapi setiap masa, ukhuwwah tu perlu berpaksikan iman. Berlandaskan Quran. Bertuhankan Ar Rahman.
Dan... Mukmin yang kuat tu, sedia menerima teguran.
Nukilan cinta,
Budak Tomato