Jaga lidah. Jaga mulut.
Friday, 26 July 2013 @ 2:30 pm | Leave a comment?
Dengan nama Allah yang menggerakkan tangan dan hati untuk menulis.

Backbiting.
Backbiting.
Backbiting.
Everytime, everywhere.
We should call it 'vampires'.
Makan darah daging manusia, sangat jijik. Dan kejam. Makan darah daging saudara sendiri, itu lagi kejam kuasa 146 darab 594708. Eh takde beza pun.
Tahun lepas, ana ada 'bedah' buku Ihya Ulumuddin. Imam Al-Ghazali mengingatkan bahawa lidah itu terlalu merbahaya. Tak ada seorang pun yang boleh selamat kecuali apabila ia bercakap dengan perkataan baik atau diam. Dan antara jenis bahaya lidah yang beliau senaraikan, yang paling panjang dibahaskannya ialah mengumpat.
Mengumpat.
Kiranya, yang paling panjang dibahaskannya itu, yang paling bahaya.
Sangat kejam mengumpat. Sangat sangat. Menyata keburukan orang. Buka aib orang. Dan dalam masa yang sama, dia buka aib dia sendiri. Ok ini adil. Wahaha.
Banyak alasan yang ana dengar bila orang nak mengumpat. Dan alasan yang paling hebat dan famous,
"Kitaorang bukan mengumpat. Cuma cakap benda betul je."
Ana tahu. Mungkin benda tu memang betul. Tapi, bukankah mengumpat tu maknanya menyatakan sesuatu tentang seseorang yang orang tu sendiri tak suka? Tak gitu?
Secara tak sedar, pahala kita dah 'berpindah' kepada orang lain. Tak ke menyedihkan? Siapa tahu, nanti cuma tinggal selangkah sahaja kita untuk kita menapak di syurga, tiba tiba kita terjatuh ke dalam neraka disebabkan mengumpat. Jujur, ini paling menyedihkan.
Dan mengumpat, berkait rapat dengan kebangkitan Islam.
Mungkin, perkara ni ramai orang nampak kecil. Ada sesetengah manusia yang 'kabur' dan lebih teruk lagi, 'buta' tentang perkara ni.
Bermula dengan mengumpat. Makan darah daging yang jijik. Dan bila orang yang diumpat tu tahu, maka terluka hati dia. Kita yang menggores. Kita. Tidak cukup kejamkah? Air mata dia mengalir. Bukan dari kolam air mata, tapi menitis dari hati.
Hati dia sakit, akibat kita.
Tanpa kita sedar....
Kita lupa orang orang kafir sedang memerhati orang orang Islam. Dalam diam. Licik.
Kita lupa yang kita sedang memutuskan silaturrahim. Sedangkan silaturrahim yang kukuh itu yang menyebabkan kita saling melengkapi. Dan silaturrahim, salah satu cara untuk tegakkan Islam. Yang membuatkan kita sanggup berdiri di saf-saf hadapan untuk menegakkan Ad-Deen. Yang melemahkan semangat orang orang kafir.
Bila silaturrahim tidak kukuh, maka runtuh semuanya. Kerana silaturrahim itu adalah sebahagian dari asas asas kebangkitan Islam.
Maka.... adakah mengumpat salah satu punca kenapa Islam masih lagi ditindas?
Dan adakah kita salah seorang yang menyebabkan Islam dipandang hina?
Think deeply.
----------------------
Ok semua orang, sila berhenti makan darah daging yang jijik. Jangan jadi pengotor. Haha. Cara elak mengumpat :
Beli beli daging mentah. Cuba rasa. Sedap tak? Eh.
Tahukan anda, dekat akhirat nanti kita kena makan semula daging daging tu? Yes, rasanya pahit dan basi. Mesti mantap. Tsk tsk. Tak percaya? Cuba kaji apa yang diriwayatkan Abu Syaikh tentang ghibah.
"Orang orang yang mengumpat, menyata keburukan dan mengkeji, mustahil dia mengaku dia antara orang orang yang khusyuk solatnya." -Anonymous.
Sentap sendiri.
Semua orang, ana minta maaf kalau ada buat silap. May Allah bless.
p/s : Ana buat post ni, bukan bermakna ana dah perfect sampai tak mengumpat langsung. Tapi ana cuba untuk perbaiki diri sendiri dalam masa yang sama, orang lain.
Maaf kalau tak faham apa yang di-perkatakan. Sobsob. Haha.