Dia..
Thursday, 27 June 2013 @ 12:31 am | Leave a comment?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. hai evelibadi c:
Straight to the point. Okay kenapa tajuk entry kali ni 'Dia' ? Hmmmmpphh rasanya tak perlu dijelaskan kot. Let it be a secret right.
Nowadays, ramai orang selalu mengharapkan yang terbaik untuk kehidupannya contoh macam kebahagiaan atau j o d o h. Yes, semua mohon;
"Ya
Allah, jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika
dia bukan milikku redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu."
tapi tak ramai yang mohon;
"Ya Allah, Kau hindarkanlah aku dari terus lalai dengan cintanya sebaliknya Kau kuatkanlah aku untuk terus berjuang mendapatkan cintaMu."
Ameen Ya Rabb.
Zaman sekarang, susah nak dapat dan jumpa seorang hamba Allah yang mencintai seseorang hamba Allah yang lain dengan niat kerana Allah. Sekarang semua ikut nafsu je. Pantang nampak yang lawa sikit, terus tackle. Pantang nampak yang handsomeee sikit, terus minat menggila-gila kan kan. Yesssss, itulah umat manusia zaman sekarang.
Lagi satu problemmmmmooo ialah suka bersangka buruk. Orang tulis dakwah sikit, kata bajet alim lah. Haih, kira baguslah tu dia ceritacerita pasal agama bagai daripada mereka mereka yang suka duk mengutuk orang. Sekurang-kurangnya, dia dapat jugak pahala berkongsi ilmu agama walaupun diri dia pun belum cukup sempurna. Lagipun, sampai bila nak tunggu diri tu sempurna pastu baru nak berdakwah? oh bagus sangatlah tu. stop okay. awak mengutuk dapat apa? kalau awak famous glamor sebab awak ni hebat mengutuk orang, tak tahu lah apa nak jadi. Pesanan ni bukan untuk antuma semua yang baca blog ni je, untuk diri ana jugak. Kalau boleh, jauhkanlah diri kita daripada perangai macam ni.
Kekadang, tak salah untuk kita suka seseorang tu. Tapi niat kena betul.
Perasaan, siapa boleh halang. Syaitan lagi menambah mencucuk lagi hati kita ada lah. Jaga perasaan, jaga hati, jaga iman. Walau macam mana sayang sekali pun antum dekat orang tu, jaga juga perasaan. Jangan terlalu percaya, nanti mungkin kita sendiri yang terluka. Besar mana sekali pun cinta kita terhadap manusia, jangan sampai terlupa kepadaNya :')
Akhir kata, wa billahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dia,
Nur Ayuni Farhanah Mohd Shukri