Muhasabah diri ..
Saturday, 4 May 2013 @ 5:17 pm | Leave a comment?
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Jangan menilai manusia melalui pandangan mata. Tetapi selamilah dari hati ke hati-hati yang lain. Kita semua sama cuma berbeza dari segi rupa. Kita di bawah satu ummah. Hamba kepada satu pencipta, Allah SWT :') Janganlah merasakan diri kita lebih daripada orang lain, lebih daripada segala-galanya. Kita hanyalah manusia biasa yang ingin diredhai Allah SWT. Maka, tetapkan hati, tetapkan iman, tetapkan akidah.
Bersabarlah seandainya suatu hari kamu diuji dengan ujian yang mungkin tidak dapat diterima. Allah menyukai hambaNya yang sentiasa bersabar. Pasti ada hikmah di setiap ujian yang diberikan olehNya. Percayalah, Allah sentiasa akan membantumu selagi kamu terus beriman dan percaya kepadaNya . Ingatan ini bukan sahaja kepada semua pembaca sahaja, tetapi juga cuba memperingatkan diri ini yang sentiasa alpa dan leka dengan duniawi.
Jadikanlah laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dll sebagai tempat kita sama-sama berdakwah. Bukan bergaduh dan bersengketa.
Setiap dugaan dan cabaran yang diberikan pasti ada hikmahnya. Janganlah putus asa dengan mudah. Ingat Allah. Istighfar banyak banyak. Mulakan hari hari yang seterusnya dengan tenang. Lupakan masa silam. Teruskan perjuangan . INGATLAH, ESOK BELUM TENTU KITA BERNYAWA. Kematian sentiasa memburu kita. Anything can happen in just few seconds. Allah Al Mighty.
Hamba yang hina ini sedang menangisi
Dosa-dosa yang telah banyak berlalu pergi
Tanpa ada satu pun dikesali
Allah.......
Bila terasa ajal makin menghampiri
Lemah segala urat dan sendi
Mengenang kembali dosa yang tak terbilang dgn jari
Allah......
Saat aku kembali
Kesisi Mu ya Rabbi
Izinkan aku mengucap kalimah suci
Dan mendapat balasan Syurgawi
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali-Imran, 133).

Wahai sahabat sekalian, marilah sama-sama kita muhasabah dan menginsafi diri yang hina ini. Sesungguhnya, Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Marilah bersama berpimpin tangan ke syurga Allah :')
Akhir kata, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.